Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kaligrafi Khatamun Nubuwwah dan Manfaatnya

Nabi Muhammad Shollallaahu Alaihi Wasallam dicap dengan cap khatamun nubuwwah hikmatnya menentukannya menentukan bahwa nabi Muhammad itu yang mengakhiri/menyudahi segala nabi-nabi dan rasul-rasul dan pula cap itu di belakang dihadapkan kerana apabila nabi itu keluar dari rumahnya sentiasa cap khatamun nubuwwah ini kepada kita amat banyak, setengah daripadanya siapa-siapa yang menjadikan cap khatamun nubuwwah ini sebagai hiasan di rumah adalah ahli rumah itu dipeliharakan allah daripada kebakaran dan kecurian seperti sabda nabi s.a.w yang diriwayatkan saidina ali di dalam kitab mahamataniah sabdanya bermaksud “siapa-siapa yang menjadian ia akan lukisan khatamun nubuwwah aku (perhiasan bagi rumah) diperliharakan oleh allah baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tada mati oleh ahlinya melainkan atas tiap iman dan meluaskan oleh allah dalam kuburnya dan menerangkan dia dan dimasukkan ke dalam syurga dengan tiada hisab”.

Baca Juga: Kaligrafi Bordir Nama Nabi dan Shohabat Nabi

dan diriwayatkan daripada anas sabda nabi s.a.w yang bermaksud “bermula rumah yang ada lukisan khatamun nubuwwah aku di dalamnya maka sesungunya dipeliharakan oleh allah daripada kebakaran dan kecurian dan daripada tiap-tiap seteru, dan tiada dimatikan melainkan dialihnya tempat duduk di dalam syurga dan meluaskan oleh alah taala di dalam kuburnya dan menerangkan dia.dan kata imam at-tarmizi siapa –siapa yang melihat kepada rupa khatamun nubuwwah nabi s.a.w pagi-pagi diperliharakan hingga ke petang dan siapa –siapa yang melihat petang diperliharakan hingga ke pagi dan siapa-siapa yan melhat waktu musafir diperliharakan dan diberkatikan hingga ia kembali.

Dari as-Sa’ib bin Yazid r.a. diriwayatkan:
“saudara ibuku membawa aku untuk menemui Nabi Shollallaahu Alaihi Wasallam, lantas ia berkata kepada Rasulullah Shollallaahu Alaihi Wasallam: ,’ anak saudaraku ini sakit.’ Ketika itu, Rasulullah s.a.w. menyapu kepalaku (as-Sa’ib), mendoakan keberkahan untukku dan berwudhu. Air sisa wudhu’nya lalu kuminum. Setelah itu, aku berdiri di belakangnya; aku memandang kepada khatam (tanda) yang terletak di antara kedua bahunya. Ternyata, khatam itu sebesar telur burung dara.”
(Diriwayatkan oleh Qutaibah bin Sa’id dari Hatim bin Ismail, dari Ja’d bin ‘Abdurrahman yang bersumber dari Sa’ib bin Yazid r.a.)

Ibrahim bin Muhammad pernah mendengar salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w. berkata:
“Apabila ‘Ali karomallahu wajha, menceritakan sifat Rasulullah s.a.w., maka ia akan bercerita panjang lebar. Dan ia akan berkata: ‘Di antara kedua bahunya terdapat Khatam kenabian, iaitu Khatam para Nabi.’”
(Riwayat Ahmad ‘Ubadah ad-Dlabi ‘Ali bin Hujr dan lainnya, yang mereka terima dari Isa bin Yunus dari ‘Umar bin ‘Abdullah, dari ‘Ibrahim bin Muhammad yang bersumber dari salah seorang putera ‘Ali bin Abi Thalib k.w.)

Dari kitab (Kifayatul Muhtaj bagi bicara israk&mikraj m/s 4) diceritakan..ketika nabi sedang berada di Hijir Ismail (Baitullah)..datang malaikat Jibrail dan Mikail, dan dibelah dada nabi dari pangkal leher hingga ke bawah perut, dan disucikan hati nabi dan dibasuh jantung nabi dengan air zam-zam 3 kali..dan kemudian dimaterikan antara dua belikat Rasulullah Shollallaahu Alaihi Wasallamdengan Khatamun Nubuwwah.

Dari kitab Madarijus Suud..syarah ala Maulid Barzanji m/s 51&52...(cap kenabian) ialah daging atau lemak yang hitam (nampak timbul) bercampur kekuningan(seperti urat), kelilingnya itu ade bulu-buluan(bulu roma) yang beriring-iringan seolah-olahnya bulu kuda (halus), berkata Alamah Zurqani dalam kitab AlMawahidunyah syarah ‘ala Syamail, tertulis dalam segitiga itu,

” Allah Tunggal Ia, Tiada Sekutu BagiNya, Muhammad, HambaNya, RasulNya,” dan di luar segitiga itu pada arah kanan , “Hadaplah Hai Muhammad sekira-kira engkau mau (Hadaplah atau Pergilah ke mana engkau mau) dan disebelah kirinya pula,“Sesungguhnya engkau Muhammad dibela atau dibantu,”.


Manfaat/Khasiat Wafak Khotamun Nubuwwah, Menurut Mafhum Hadis dari Imam At-Tirmidzi ra.:

“Sesiapa melihat KHOTAMUN NUBUWWAH dalam keadaan berwudhu’;
  1. Pada waktu Subuh nescaya dia dipelihara oleh ALLAH hingga ke petang.
  2. Pada waktu Maghrib terpelihara dia oleh ALLAH hingga ke pagi.
  3. Ketika berjalan atau bermusafir maka jadilah sepanjang perjalanannya berkat dan selamat, Insya’ALLAH.
  4. Sesiapa yang mati dalam tahun tersebut, maka dimatikan dalam iman.”
Yang dimaksudkan dengan melihat, ialah melihat ke dalam diri sendiri semasa mengamalkannya. Tanda Khotamun Nubuwwah pada diri Nabi Muhammad Shollallaahu Alaihi Wasallam menunjukkan Nabi Shollallaahu Alaihi Wasallam adalah penamat/penutup segala Nabi dan Rasul. Tanda ini berada pada belikat Rasullullah Shollallaahu Alaihi Wasallam.

Para Ulama berbeda pendapat mengenai bentuknya. Yang paling masyhur tanda itu seperti telur burung merpati, yaitu berbentuk gumpalan daging yang menonjol disebelah kiri di bahagian atas, memancarkan cahaya, tampak berwibawa dan berbau wangi.

Antaranya sesiapa yang menjadikan tanda Nubuwwah Nabi Shollallaahu Alaihi Wasallam ini sebagai perhiasan di rumah, maka ahli rumah tersebut akan terpelihara oleh ALLAH daripada penyakit taun(sihir) dan wabak, terhindar dari kebakaran dan kecurian sepertimana sabda Nabi SAW yang diriwayatkan oleh Saidina Ali KW ra. di dalam Kitab Mahamatnainiah, yang bermaksud:

“Sesiapa yang menjadikan lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku perhiasan, dipelihara oleh ALLAH baginya daripada penyakit taun dan wabak dan tidak mati melainkan mati dalam iman dan dimasukkan ke dalam syurga tanpa hisab.“

Dan di dalam hadis yang lain yang diriwayatkan Annas ra., Nabi Muhammad Shollallaahu Alaihi Wasallam bersabda:
“Bermula rumah yang ada lukisan KHOTAMUN NUBUWWAH aku di dalamnya, maka dipelihara oleh ALLAH baginya daripada kebakaran dan kecurian, dan daripada setiap musuh, dan tidak dimatikannya melainkan tempatnya di Syurga dan diluaskan oleh ALLAH kuburnya dan diterangi olehNya dengan cahaya.“
Wallahu a'lam bisshowaab
=========================
order Kaligrafi Khatamun nubuwwah hubungi 085728151032

1 comment for "Kaligrafi Khatamun Nubuwwah dan Manfaatnya"